Dunia Artis

Politik

Hiburan

Sensasi

 
SELEBRITI POPULAR ANAK VIP
Written by Mingguan Warta Perdana   
Wednesday, 30 November 2011 02:52

NAMA selebriti popular ketika ini seperti  Johan As’ari, Dira Abu Zahar, Muniff Isa, Syamsul Yusof, Aizat, Nawja, ramai lagi selebriti tanah air sudah mesra di kalangan peminat drama TV.

 

Namun masih ada yang tidak mengenali mereka apatah lagi berlatar belakangkan keluarga daripada tokoh politik, korporat, anak seni dan sebagainya.

 

Selain mereka, pelakon Iqram Dizzy, penyanyi Yuna, Edlin AF, Syazliana Abdul Karim dan sebagainya juga mempunyai keluarga terkenal dan disegani ramai. Minggu ini Warta Perdana mengungkap sedikit latar belakang mereka.

 

 

 

JOHAN DATUK AS’ARI

 

PELAKON drama berantai Juvana ini, sebenarnya anak bekas Ahli Parlimen Datuk As’ari Ibrahim, kini menjadi setiausaha politik kepada Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Shaziman Abu Mansor.

 

Sejak memegang watak Botak dalam drama tersebut, nama Johan terus melekat di hati peminat.

 

Popularitinya mendorong ramai penga­rah drama TV termasuk Along Kamaruddin, memilihnya sebagai watak utama drama Cinta Elysa kini disiarkan di skrin TV3 dan selain beberapa drama menunggunya di lokasi.

 

Terbaru mengenai pelakon yang gemar berkaraoke ini, kisah peribadinya menarik perhatian peminat kerana menafikan dakwaan pelakon Izreen Azminda mereka sedang bercinta.

 

 

DIRA DATUK SERI ABU ZAHAR

 

PELAKON, pengacara rancangan popular di TV3, Melodi, Dira atau nama sebenarnya Khaidirah, 27 tahun.

 

Beliau anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Hj Isnin.

 

Ibu kepada cahaya mata bernama Tengku Anggun Deandra kini berusia 4 tahun, pernah membintangi drama dan telefilem antaranya, Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Dua Kali Mencintai Mu, Cinta Tanpa Suara, Delima, 100 Hari Jadi dan sebagainya.

 

 

AIZAT DATUK MOHAMAD AMDAN

 

PENYANYI, pencipta lagu Muham­mad Aizat atau nama glamornya, Aizat, 21, dilahirkan di Ampang, Kuala Lumpur. Ayahnya seorang tokoh korporat yang terkenal, Datuk Mohamad Amdan.

 

Aizat mencipta nama selepas menyertai rancangan realiti program Akademi Fantasia (AF) musim kelima.

 

Bagaimanapun Aizat terkeluar dalam rancangan ini tetapi berjaya menempa nama sebagai penyanyi  apabila lagu-lagu ciptaannya yang dimuatkan di dalam dua album solo iaitu Percubaan Pertama dan Urusan Aizat Amdan, menjadi siulan ramai seperti Pergi, Sungai Lui, Sahabat, Kita, Kau Aku dan sebagainya.

 

Pencapaian terbaik Aizat ialah muncul sebagai Lagu Terbaik dan Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-24 dan Vokal Lelaki Terbaik Dalam Album semasa Anugerah Industri Muzik Ke-16.

 

 

 

MUNIFF DATUK SERI ISA

 

PELAKON filem Nur Kasih The Movie, Muniff Isa, 29, anak kesayangan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Isa Dr Md Sabu.

 

Muniff juga hos rancangan Agen Halal TV AlHijrah.

 

Selain sebagai pelakon dan hos TV, Muniff yang turut menyerlah dalam penerbitan drama dokumentari berjudul Suatu Ketika... terbitan Astro Prima mempunyai kelebihan boleh berbahasa Mandarin dan Hokkien.

 

 

 

NAJWA MAHIADDIN

 

Najwa, 25, anak Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Mempunyai empat adik-beradik, Najwa anak ketiga  kelahiran KL,  memiliki  Ijazah Sarjana Muda Pengajian Muzik (Peng­khususan Penulisan Kontemporari) di Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat.

 

Antara lagu popular siulan ramai ialah  Senyum dan Kau Yang Punya. Kedua lagu ini dimuatkan di dalam album Innocent Soul.

 

Penyanyi yang kini popular menerusi lagu Sweet October sebagai single pertama dan kemudian melodi cetusan ideanya sendiri, Got To Go yang dipetik daripada Innocent Soul itu yakin akan berusaha mengem­bangkan empayar muziknya jauh ke negara itu satu hari nanti.

 

 

MIZZ NINA TAN SRI AZMAN

 

ANAK tokoh perbankan terkenal, Mizz Nina Tan Sri Azman Hashim, mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Noh Salleh dari kumpulan Hujan, pada Julai lalu.

 

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 31, sebelum bergelar penyanyi, melangkah kaki sebagai model fesyen. Namun karier seperti pengacara TV dan penyampai radio juga menjadi minatnya.

 

Dilahirkan pada 1 Julai, Mizz Nina yang memiliki Ijazah Pengajian Media dan Perhu­bungan Awam di Universiti Australia, mula serius dalam rakaman album dengan terlahirnya album bersama Teh Tarik Crew pada 1999 berjudul Are We Rap Stars diikuti album pertama berjudul How’s The Level pada 2002, album What’s Next pada 2004.

 

Selepas lama tidak muncul dalam rakaman lagu, Mizz Nina tampil dengan album solo berjudul What You Waiting For, berduet dengan  Colby O' Donis. Namun penampilan Mizz Nina dalam lagu  berjudul Kurnia berduet dengan Noh  Hujan menjadi siulan ramai pendengar. Malah stesen radio sering memutarkan lagu ini, sebagai pilihan ramai pendengar.

 

DAFI DATUK SERI ISMAIL

 

Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dike­nal Dafi, peserta rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) musim kelima, dilahirkan pada 14 Disember 1988.

 

Penyanyi kelahiran KL ini, merupakan anak kedua daripada empat beradik.

 

Ayahnya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.

 

Memiliki Diploma Profesional, Bunyi dan Muzik dari Universiti Limkokwing, Cyber­jaya, antara finalis AF5 mencapai kejayaan sebagai Artis Baru Lelaki Popular, dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 2007,  membuka peluang kepadanya  merakamkan album berjudul Dafi - Seumur Hidup terbitan KRU Studios.

 

Dafi yang popular dengan lagu berjudul Bila Terasa Rindu, juga pernah membintangi drama bersiri berjudul Hotel Mania (TV3), Opah Popular (Astro Warna) dan seba­gainya. Tetapi karier sebagai hos juga memberi pengalaman baru kepada Dafi apabila mengacara rancangan  Xpresi Remaja di RTM2.

 

 

NANA TAN SRI MOHAMAD TAIB

 

NOR DIYANA Tan Sri Muhammad Taib, 27, atau lebih popular dengan nama Nana.

 

Ayahnya, Tan Sri Muhammad Taib, bekas Menteri Kabinet dan pernah menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

 

Berkahwin dengan anggota  kumpulan Ruffedge  Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, 28,  menjuarai rancangan Sehati Berdansa musim ketiga.

 

Pasangan tersebut berkahwin pada Julai 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1 tahun.

 

Nana pernah menganggotai kumpulan FO3, ketika menyertai rancangan realiti Mentor terbitan TV3. 

Last Updated on Wednesday, 30 November 2011 03:02
 

Add comment


Security code
Refresh


 

 

 

 

Madu Herba : Kelebihan Untuk Lelaki

Madu Herba : Kelebihan Untuk Lelaki, Menjana IQ, Merawat Fungsi Seks